Friday, July 31, 2009

Anda yang membaca, anda yang menilai, anda yang lebih mengetahui.
















TRH/U/Phb/Kel/18 Bh.9

30hb Julai, 2009.

8hb Sya’ban, 1430.

Y.A.B. Tuan Guru Dato’ Haji Nik Abdul Aziz bin Nik Mat,

Menteri Besar Kelantan,

Pejabat Menteri Besar,

Blok 1, Tingkat 1,

Kota Darulnaim,

15503 Kota Bharu,

KELANTAN. Dengan tangan/Fax No.09-7442748

Bismillahirrahmanirrahim.

Y. A. B. Dato,

TUNTUTAN ROYALTI MINYAK KERAJAAN NEGERI KELANTAN

Saya panjatkan do’a ke Hadrat Allah S.W.T. agar Y.A.B. Dato’ berada dalam keadaan sihat walafiat.

Sukacita saya maklumkan bahawa surat Y.A.B. Dato’ yang bertarikh 15 Julai, 2009, yang disampaikan kepada saya oleh Y.B. Dato’ Hj. Husam Musa pada hari Jumaat, 17 Julai, 2009, telah selamat saya terima dan diucapkan berbanyak-banyak terima kasih.

Apabila Malaysia ditubuhkan dalam tahun 1963, bidang kuasa (jurisdiction) ke atas luar pantai Malaysia di antara Negeri dan Persekutuan tidak ditentukan untuk negeri-negeri Sabah, Sarawak dan Singapura oleh kerana Malaysia ditubuhkan dalam suasana di mana kita telah diancam oleh negara tetangga. Ini menyebabkan Kerajaan Negeri Sarawak telah mempertikaikan hak bidang kuasa Kerajaan Persekutuan ke atas luar pantai Malaysia di perairan Sarawak. Nasib baik dengan adanya Akta Kemajuan Petroliam 1974 pertikaian ini telah dapat diselesaikan dalam suatu perundingan yang diadakan dengan Kerajaan Sarawak. Saya telah mewakili Kerajaan Persekutuan untuk merundingkan masalah ini dan tanpa memilih jalan yang sukar, iaitu untuk meminda Perlembagaan Negara bagi menentukan bidang kuasa untuk Negeri dan Persekutuan yang tidak sempat dibuat sebelum ini mengenai kawasan luar pantai Malaysia , maka Seksyen 4 Akta Kemajuan Petroliam telah diguna bukan sahaja untuk menyelesaikan masalah ini tetapi telah dapat juga mengatasi kemungkinan ianya ditimbulkan oleh negeri-negeri seperti Sabah selain daripada Sarawak.

Akta Kemajuan Petroliam mempunyai keistimewaannya tersendiri. Ia telah menyebabkan ujudnya satu perjanjian dalam mana Kerajaan-kerajaan Negeri dan Kerajaan Persekutuan telah sanggup meletak hak selama-lamanya kepada PETRONAS mengenai petroliam yang ditemui sama ada di dalam atau di luar pantai Malaysia. Sebaliknya PETRONAS sanggup membuat bayaran tunai kepada Kerajaan Persekutuan dan juga Kerajaan-kerajaan Negeri sebanyak 5% daripada nilai petroliam yang ditemui dan dijual tiap-tiap tahun menurut Perjanjian itu. Bagi Negeri Kelantan, Allahyarham Dato’ Hj. Mohamed bin Nasir, selaku Menteri Besar, telah menandatangani perjanjian ini dan saya bagi pihak PETRONAS telah menandatangani perjanjian yang sama dalam tahun 1975.

Jelas sekali, dengan tafsiran yang dibuat dalam kedua-dua perjanjian ini nampaknya tidak ada keraguan lagi mengenai bidang kuasa dalam dan luar pantai Malaysia mengenai petroliam. Jelas sekali PETRONAS terikat dengan perjanjian-perjanjian ini begitu juga Kerajaan Negeri Kelantan dan oleh itu PETRONAS wajib membuat bayaran tunai sebanyak 5% daripada petroliam yang diperolehi daripada luar pantai Malaysia yang bersetentangan dengan Kelantan kepada Kerajaan Negeri Kelantan. Kalau tidak silap saya, sebahagian daripada kawasan luar pantai Malaysia yang diusahakan oleh JDA (Joint Development Authority) sekarang ini pernah diberi kepada syarikat asing untuk mencari gali minyak dalam tahun enam-puluhan dahulu tetapi diserahkan balik kepada Kerajaan Persekutuan apabila didapati ianya tidak ekonomik oleh kerana kos mencari gali minyak di ketika itu melebehi harga pasaran minyak dunia. Untuk makluman Y.A.B. Dato’, saya telah meminta Perdana Menteri, Allahyarham Tun Abdul Razak, untuk mengguna pakai Seksyen 4 Perjanjian di bawah Akta Kemajuan Petroliam ini supaya PETRONAS menandatangani dengan setiap negeri di Semenanjung Tanah Melayu untuk menseragamkan perjanjian-perjanjian yang dibuat oleh PETRONAS di bawah Akta tersebut. Apatah lagi disedari bahawa negeri-negeri di Pantai Timur masih kurang maju yang memerlukan bantuan untuk pembangunan dan sudah tentu akan mendapat manfaat daripada bayaran tunai daripada PETRONAS.. Pada masa itu difikirkan ada kemungkinan kawasan luar pantai Malaysia berhampiran atau bersetentangan dengan Kelantan, Terengganu dan Pahang mempunyai petroliam dan/atau gas asli mungkin memberi harapan yang baik kepada rakyat dan negeri-negeri tersebut sekiranya petroliam ditemui di luar pantai Malaysia berhampiran negeri-negeri itu.

Sekian, terima kasih. Wassalam.

Yang ikhlas,

(Tengku Razaleigh Hamzah)

————————–









Perkara di atas diperoleh dari laman web http://razaleigh.com/2009/07/31/letter-to-mb-of-kelantan-on-oil-royalties/

Surat balas yang di hantar kepada Y.A.B Tuan Guru Nik Aziz oleh Y.B.M Tengku telah menunjukkan dan membuktikan dengan jelas dan nyata bahawasanya negeri Kelantan wajib mendapat royalti minyak daripada pihak PETRONAS. Tetapi mengapa kenyataan yang dikeluarkan oleh Datuk Seri Rais Yatim menyatakan bawahasanya negeri Kelantan tidak mempunyai HAK terhadap royalti minyak? Apakah semua ini? Untuk pengetahuan semua saya bukanlah orang politik tetapi apabila perkara seperti ini berlaku, perlulah kita tunjukkan kepada semua. Adakah ini membuktikan bahawasanya tuduhan pihak pembangkan terhadap pihak kerajaan adalah benar? Saya tidak mahu mengulas lanjut berkaitan perkara ini. Saya berharap para pembaca dapat menilai sendiri perkara ini kerana anda semua lebih arif. Tetapi dukacitanya saya ingin berkata disini, perkara yang dilakukan ini adalah seperti pihak kerajaan merompak secara terang-terangan HAK RAKYAT KELANTAN!!

Andalah yang menilai, andalah yang menentukan.


"...ideologianakbangsa..."

Leia Mais…

"MyConstitution" Campaign


"MyConstitution" atau jika di alih bahasakan secara terus bermaksud PerlembagaanKU. Hari ini akhbar the Star melaporkan usaha yang akan dilaksanakan oleh Majlis Peguam Malaysia (Bar Council [BC]). Alhamdullilah, saya menyambut baik usaha ini kerana ia dapat memberi manfaaat kepada ramai pihak bukan sahaja pihak kerajaan, pengamal undang-undang, pelajar undang-undang, malah semua masyarakat bakal peroleh manfaat mereka tersendiri.

Usaha murni BC ini perlulah disokong oleh semua pihak kerana sedikit sebanyak ia dapat membantu kita selaku rakyat yang bernaung dibawah Perlembagaan Persekutuan memahami undang-undang itu sendiri dan mengerti hak kita yang terdapat dalam Perlembagaan Persekutuan. Dengan adanya kempen ini, ia dapat membenteras penyalah gunaan kuasa yang mana, akhir-akhir ini sering kali di utarakan di dalam media-media utama, media alternatif mahupun pihak kerajaan dan pihak pembangkang. Tambahan pula, pendekatan ini akan mematangkan lagi rakyat dalam memilih pemimpin yang betul, kerana sekiranya rakyat memahami undang-undang yang didokong maka, mereka tidak akan senang-senang ditipu oleh orang lain yang lebih gilakan kuasa dan pangkat.

Saya berharap, pihak BC akan mendapat kemudahan yang secukupnya dan sambutan yang mengalakkan oleh semua lapisan masyarakat.


"...ideologianakbangsa..."

Leia Mais…

Thursday, July 30, 2009

Nilai Integriti Mahasiswa Malaysia










KOTA BARU: Kelantan State Secretary Datuk Mohd Aiseri Alias said he was worried with a survey that showed university students had no qualms about accepting and giving bribes.

He said the survey conducted by Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) showed that 30.5% of the students interviewed were willing to accept bribes if they had the power and the opportunity.

He said 15% were willing to offer bribes to facilitate business deals and 23.7% more would do likewise to prevent actions against them.

“This is alarming as the wrong perception of corruption has crept into the minds of university students, who are our future assets,” he said when opening the Public and Private Universities Enhancement Seminar organised by the Integrity Institute of Malaysia (IIM) at Pantai Cahaya Bulan here Thursday.

Mohd Aiseri did not mention the sample size and the background of the students surveyed.

He said efforts must be done to correct the perception by inculcating good values in human capital development.

On the IIM, he said it was currently implementing the second phase of the National Integrity Plan (NIP) (2008-2013) to combat corruption, fraud and abuse of power in the private and public sectors.

Earlier, IIM deputy president Mustafar Ali said the society’s perception on corruption, fraud and abuse of power had greatly improved over the past five years through the first phase of the NIP implementation (2004-2008).

Mustafar said the IIM was currently conducting a study on society’s perception of the integrity of the media with the aim of promoting national integrity through the media and journalism. -- Bernama





Salam perjuangan buat semua,

Hari ini saya agak terkejut gara-gara laporan yang diterbitkan oleh akhbar The Star menyatakan bahawa mahasiswa universiti kita sanggup menerima atau memberi rasuah. Mengapa perkara seperti ini boleh berlaku? Budaya yang tidak sihat ini lambat laun akan melumpuhkan negara dan membawa kerosakaan kepada pembangunan negara. Sekiranya perkara ini berterusan ia akan memberi implikasi buruk kepada masa depan negara kita. Siapakah yang perlu disalahkan? Adakah ini masanya kita menunding jari?

Pada pendapat saya tidak. Tetapi menurut pembacaan, pemerhatian dan analisis yang telah saya lakukan. Fenomena ini sedikit sebanyak dipengaruhi oleh susasana negara kita sendiri yang penuh dengan rasuah, penyalah gunaan kuasa oleh pihak pentadbir, kesempitan hidup dan beberapa faktor penting lain. Disebakan banyak laporan-laporan, serta berita yang mengaitakn perkara-perkara negatif ini di peringkat atasan ia banyak mempengaruhi persepsi pelajar kita.

Disamping itu, sikap politik individual zaman sekarang menggalakkan perkara seperti ini berlaku. Bayangkan lah, diperingkat universiti sendiri di kalangan pelajar sendiri telah memupuk gejala ini. Contoh yang ingin saya berikan ialah, secara senarionya kita bayangkan dua orang pelajar memerlukan bantuan. Pelajar A mempunyai masalah yang lebih serius daripada pelajar B. Tetapi disebabkan pelajar B ini anak orang kaya dan mengenali abg MPP ini dengan lebih rapat, maka pelajar B ini diberikan perhatian dahulu. Senario ini jelas sekali menyatakan dan memaparkan bahawasanya untuk mendapatkan sesuatu perlulah ada imbuhan dan kebaikkan yang bakal diperoleh. Jika tidak ia bakal menjadi sukar. Contoh yang saya berikan sebentar tadi adalah secara senario dan tiada kaitan antara yang mati ataupun yang hidup.

Fakotr ketiga yang ingin saya nyatakan disini adalah kurangnya didikan ibu bapa dan cara didikan yang salah oleh ibu bapa. Pada masa kini, kebanyakkan ibu bapa mengamalkan cara "rasuah" untuk anak-anak mereka. Contohnya jelas sekali. Senario 2: Sepasang ibu bapa bekerja dan sangat sibuk. Maka mereka kurang meluangkan masa bersama anak-anak mereka. Maka, untuk menunjukkan KASIH SAYANG mereka kepada anak-anak mereka, mereka memberikan wang, hiburan dan melakukan apa sahaja yang anak mereka mahukan. Sedangkan, perkara pokok yang mereka perlu tekankan disini adalah aspek kasih sayang. Bukan wang mahupun kebendaan semata-mata. Maka disebabkan itu ia menyampaikan mesej yang salah kepada anak-anak. Anak-anak dirasuah supaya mereka berasa bahagia. Namun pada hakikatnya, anak-anak mahukan belaian kasih sayang dari ibu bapa. Itulah yang menyebabkan timbulnya masalah-masalah sosial. Kerana, anak-anak dirasuah supaya merekan "merasakan kasih sayang itu".

Faktor keempat yang ingin saya ketengahkan disini ialah faktor pendirian agama. Disebabkan pendirian agama yang rapuh dan tidak kukuh, pelajar-pelajar ini sanggup mengambil rasuah mahupun menerima rasuah. Sekiranya kita melihat secara menyeluruh tidak ada agama yang menggalakkan rasuah. Ia bukan sahaja terhad kepada agama Islam, malah Buddha, serta Hindu juga tidak menggalakkan rasuah. Jadi, sekiranya anak muda kita mempunyai didikan dan pendirian agama yang kukuh maka perkara seperti ini tidak akan berlaku. Malahan, selain pendirian agama, nilai moral yang sangat rendah juga menyebabkan pelajar sanggup menerima budaya rasuah ini.

Keruntuhan akhlak dan moral ini sangatlah bahaya dan akan memberikan implikasi buruk kepada masa depan negara. Kini bukan sahaja polis perlu memakai tag saya benci rasuah, malah, pelajar, ibu bapa dan semua masyarakat Malaysia perlu supaya mereka sedar akan keburukan bencana rasuah ini.!! Saya berharap dapat mengupas lanjut berkaitan topik ini tetapi disebabkan masa yang suntuk saya akhiri di sini dahulu. Saya berharap, rakan-rakan blogger saya seperti saudara Z dapat memberikan ulasan dan buah fikiran beliau berkaitan isu ini.

"...ideologi anak bangsa..."









Leia Mais…

Thursday, July 9, 2009

PPSMI 2012

Assalamualikum dan Salam sejahtera

Hari ini saya akan mengupas sedikit berkaitan isu PPSMI yang akan dimansuhkan secara berperingkat-peringkat menjelang tahun 2012. Sebelum itu saya ingin memberi sedikit pandangan berkaitan "tuduhan" yang dilemparkan kepada saudara Z dalam blog beliau. Beliau mengatakan bahawa saudara Z merupakan seorang yang "racist". Pada pandangan saya itu merupakan satu tuduhan yang melulu tanpa usul periksa. Sekenal saya dengan sahabat saya ini, beliau merupakan seorang yang bercakap berdasarkan fakta dan hujah yang kukuh. Untuk pengetahuan saudari (saya fikir), bidang pengajian kami mendidik kami untuk bercakap berdasarkan bukti dan fakta. Kami tidak akan membuat kenyataan tanpa sebarang fakta dan bukti yang kukuh. Namun begitu saya tidak menyalahkan saudari kerana saudari masih muda dan banyak lagi yang perlu saudari pelajari. Saya berharap saudari akan berjaya dalam hidup saudari.

Berbalik kepada isu asal ideologi saya pada kali ini, iaitu berkaita PPSMI 2012. Pertama sekali, ingin saya menyatakan pendirian saya berkaitan isu ini. Untuk pengetahuan saudara dan saudari saya merupakan golongan pelajar yang paling awal menerima pendidikan PPSMI ini. Ternyata saya sangat bersetuju dengan pendirian PPSMI ini kerana ia telah banyak membantu pelajar-pelajar dalam menguasai Bahasa Inggeris. Namun begitu, saya tidaklah boleh menjadi seseorang yang mementingkan diri sendiri tanpa mengira atau mempertimbangkan bagaimana kedudukan orang lain dalam situasi yang sama dengan saya.

Berdasarkan pembacaan dan pengamatan saya, PPSMI berjalan lancar dan boleh diterima pakai oleh golongan masyarakat bandar. Namun begitu, di kawasan pedalaman dan kawasan-kawasan kampung, perkara ini menjadi satu beban kepada mereka. Menurut kajian yang dilakukan oleh ahli-ahli akademik veteran seperti Prof Di Raja Ungku Aziz, pendekatan PPSMI ini telah meningkatkan jurang antara penduduk luar bandar dan penduduk bandar. Sekiranya diperhatikan secara jangka masa panjang, perkara ini akan memberikan kesan buruk kepada Sosio Ekonomi negara kita. Maka dengan itu, haruslah kita mengetepikan pendekatan PPSMI ini kerana ia telah "gagal". Selain dari jurang antara penduduk luar bandar dan bandar, soal memartabatkan bahasa Melayu juga antara sebab PPSMI dimansuhkan. Menurut kajian juga, semenjak PPSMI di laksanakan, penguasaan pelajar dalam bahasa Melayu merosot. Maka dengan itu perlulah diberi perhatian oleh kerajaan kerana bahasa Melayu merupakan bahasa kebangsaan.

Apabila PPSMI ini dimansuhkan, ini tidak bermakna pihak kerajaan menolak kepentingan bahasa Inggeris selaku bahasa yang penting di Malaysia dan didunia. Pihak kerajaan sedar bahawasanya bahasa Inggeris itu penting tetapi melalui pendekatan PPSMI ia kurang berkesan dan perlu diberi pendekatan lain. Selain itu, dengan mansuhnya PPSMI, kerajaan dapat memartabatkan bahasa Melayu dan meningkatkan penguasaan bahasa Inggeris secara selari.

Maka disini ingin saya tekankan bahawa, tindakan kerajaan memansuhkan PPSMI bukanlah kerana kerajaan tidak mengambil kira kepentingan bahasa Inggeris selaku bahasa penting di era globalisasi ini, tetapi ia merupakan salah satu langkah untuk memartabatkan bahasa Melayu selaku bahasa kebangsaan, bahasa ibunda bagi kaum Cina dan India, meningkatkan penguasaan bahasa Inggeris dengan pendekatan baru, serta merapatlan jurang antara penduduk bandar dan penduduk luar bandar supaya, untuk jangka masa panjang ia tidak akan menjejaskan Sosio Ekonomi negara kita.

Namun begitu, disebalik niat murni ini, saya agak sangsi dengan pendekatan kerajaan untuk memansuhkan PPSMI pada tahun 2012. Ini menunjukan bahawasanya terdapat permainan politik dalam isu ini. Akan tetapi perkara ini tidak dapat dibuktikan secara "zahirnya". Mungkin benar tahun 2012 itu dipilih kerana perlunya ada pemansuhan beransur-ansur tetapi saya percaya perkara ini dapat diselesaikan menjelang 2011. Moga-moga tidak ada isu permainan politik yang diketengahkan oleh pihak kerajaan. Sekiranya ada, hanya tuhan yang tahu.


Maka dengan ini, saya menyambut baik usaha pihak kerajaan untuk memansuhkan PPSMI.

"...ideologi anak bangsa..."

Leia Mais…

Sunday, July 5, 2009

Semester Julai - Disember 2009

Institusi Pengajian Tinggi.

Rata-rata IPT di Malaysia akan memulakan semester Julai-Disember 2009 bermula esok. Maka, saya ingin mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan TAHNIAH kepada pelajar-pelajar lepasan Matrikulasi, STPM, SPM, dan pelajar-pelajar asasi yang berjaya melanjutkan pelajaran ke IPT di Malaysia ini. Gunakanlah peluang ini untuk memajukan diri, agama, bangsa, dan negara.

Kita perlu sedar bahawa di era globalisasi ini pendidikan merupakan salah satu perkara yang penting dalam hidup ini. Tanpa pendidikan kita akan menghadapi kesukaran untuk terus hidup di dunia ini. Maka, ambillah peluang ini untuk menimba ilmu, pengalaman dan lain-lain perkara yang dapat membantu anda dalam menjalani kehidupan sementara di dunia ini.

Anda perlu bangga dengan diri anda kerana berjaya mendapatkan tempat di IPT kerana masih ada rakan-rakan anda yang kurang bernasib baik dan tidak dapat melanjutkan pelajaran. Janganlah kita leka dengan hiburan yang ada dan mengabaikan pelajaran.

Saya juga akan menyambung pengajian saya dalam bidang undang-undang di sebuah universiti tempata. Maka, berkemungkinan saya akan kurang aktif namun, saya berjanji sekurang-kurangnya satu post akan saya tulis dalam seminggu.

"...ideologi anak bangsa..."

Leia Mais…

BENAR

Politik di negara kita semakin menjadi-jadi. Akibat terlalu banyak "politiking" banyak perkara tertangguh, banyak perkara-perkara penting tidak di selesaikan ataupun di ketengahkan. Walhal, perkara-perkara remeh temeh pula yang dibangkitkan oleh mereka yang tidak bertanggungjawab.

Budaya "politiking" ini merupakan satu penyakit dalam masyaralat kita kini. Sekiranya perkara ini berterusan ia akan membawa padah kepada RAKYAT. Budaya ini wujud dalam kedua-dua pihak sama ada kerajaan mahupun pembangkang. Namun, sejauhmanakah kebenaranya? Perkara ini perlu kita renungkan dan fikirkan bersama.

Untuk berfikir sejauhmanakah kebenrannya, kita perlu ada kayu ukur yang dapat kita lihat dengan jelas kebenaran sesuatu perkara itu. Maka, saya mencadangkan supaya RAKYAT tidak mudah untuk terpengaruh dengan satu sumber media sahaja tetapi perlulah melihat secara menyeluruh tentang sesuatu perkara itu. Kita dapat tahu bahawa media arus perdana dikawal oleh pihak kerajaan (katanya lah), maka di samping media arus perdana kita juga perlulah rujuk kepada media-media alternatif dan media-media pembangkang untuk membandingkan dan berfikir kebenaraan sesuatu perkara itu.

Bergatung kepada media juga tidak cukup. Kita perlu mempunyai panduan bagaimana untuk menilai sesuatu isu itu. Maka, untuk lebih mahir kita perlulah membaca buku-buku yang berkaitan. Di samping itu kita juga boleh mendapatkan pandangan dari pakar-pakar yang ada di dalam negara ini. Namun, kita perlulah memilih orang yang "neutral", yang tidak menyebelahi mana-mana pihak. Dan, untuk memantapkan lagi pandangan kita, fikirkan sesuatu itu secara logik kerana kebanyakkan perkara di dunia ini perlu berlaku dengan adanya logik. Jika tidak ia adalah mustahil untuk berlaku.

Maka dengan ini, ingin saya menyatakan bahwa kita selaku RAKYAT tidaklah boleh dengan mudah untuk mempercayai agenda "politiking" yang kini semakin menjadi-jadi di negara kita. Maka dengan itu kita perlulah berfikir dan mendapatkan lebih pengetahuan agar kita membuat pilihan yang bijak. Ingat, bahawasanya kebenaran sesuatu itu pasti akan terserlah.

"Berani kerana BENAR"

"...ideologi bangsa malaysia..."

Leia Mais…

Friday, July 3, 2009

80%, Bahasa Melayu, Mahkhamah dan Isu Bahasa

80% of 13,000 kes yang di mahkhamah dibicarakan dalam Melayu. Ini merupakan satu perkembangan yang baik dalam memartabatkan Bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan. Ini tidak bermakna kita mengenepiakan atau menolak pengunaan bahasa Cina, Tamil dan bahasa Inggeris.

Usaha memartabatkan bahasa Melayu perlu dipertingkatkan lagi. Semua kaum perlu menguasai sekurang-kurangnya 2 bahasa. Hal ini dapat mengeratkan hubungan sesama kaum kita di Malaysia. Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris perlu dimansuhkan dan difikirkan alternatif lain untuk memantap kan penguasaan bahasa Inggeris.

Bagi saya, isu bahasa merupakan salah satu isu yang dapat meningkatkan dan memantapkan konsep 1 Malaysia yang disarankan oleh Perdana Menteri kita.

Saya tidak mahu bercakap banyak berkaitan isu bahasa ini kerana bagi saya ia merupakan satu isu yang kita boleh atasinya secara diplomasi. Perkara penting yang kita perlu tekankan ialah keutamaan bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan, bahasa Inggeris sebagai bahasa penting dan kita tidak boleh pinggirkan bahasa Cina dan Tamil.


"...ideologi bangsa malaysia..."

Leia Mais…

Thursday, July 2, 2009

Asalamualikum

Assalamualikum dan salam sejahtera.

Ini adalah ideologi saya yang pertama. Maka dengan itu saya berharap akan mendapat tunjuk ajar dan pendapat daripada para-para pembaca sekalian. Untuk pengetahuan saudara-saudara sekalian, saya adalah manusia biasa yang mahukan kebenaran dan keadilan. Sebarang kupasan saya tidak ada kaitan dengan mana-mana parti politik atau mana-mana pihak (insya-allah).

Perkara yang saya hendak tekankan atau utamakan dalam blog saya akan melibatkan isu-isu semasa, kemelut politik, keadilan sosial, masalah masyarakat, isu-isu global, isu-isu ekonomi, perpaduan, keadilan, kesaksamaan, dan ideologi-ideologi yang bermain difikiran saya ini.

Maka dengan ini, saya berharap para pembaca dapat memberi tunjuk ajar dan pandagan kepada saya dalam mengharungi alam blog ini.

Malayu, Cina, India, serta kaum bumiputera adalah tonggak asas kepada negara kita tercinta iaitu Malaysia. Maka, kita haruslah bersatu untuk mengukuhkan dan memajukan negara kita ini. Setiap masalah ada jalan penyelesian. Muzakarah adalah cara terbaik. Konsep "anak bangsa Malaysia" menjadi panduan.



"...ideologi bangsa malaysia..."

Leia Mais…