Sunday, August 30, 2009

Generasi Pasca Merdeka? Generasi 1Malaysia? Generasi Merdeka? Merdeka?


Merdeka! Merdeka! Merdeka!

Itulah ungkapan keramat yang dilaungkan oleh Tunku Abdul Rahman Putra, Bapa Kemerdekaan kita. Usaha Tunku dan Perikatan merupakan satu usaha murni yang telah menyebabkan kita berada waktu ini, ketika ini. Tanpa usaha itu apa yang akan terjadi kepada kita?

Fasa kemerdekaan terbahagi kepada 3 iaitu Fasa Pra-Merdeka, Merdeka itu Sendiri dan Pasca Merdeka. Generasi muda pada masa kini berada dalam fasa Pasca Merdeka.

Pasca Merdeka selalu dikaitkan dengan pengisian kemerdekaan. Apakah pengisian kemerdekaan yang sebenar? Apakah erti kemerdekaan yang sebenar buat generasi Pasca Merdeka itu sendiri? Sekiranya kita merupakan generasi yang merdeka, apakah kayu ukur yang boleh kita lihat? REMPIT jalanan di merata-rata tempat? Anak Melayu Islam yang clubbing? Anak Melayu Islam yang meminum arak? Generasi muda yang mengamalkan gengsterism? Masalah sosial sana sini? Kaum India yang masih serba kekurangan? Kaum Cina yang masih miskikn? Apakah erti kemerdekaan itu pada kita selaku generasi muda, generasi pasca merdeka, generasi 1Malaysia.


Semua persoalan itu adalah untuk anda renung-renungkan dan fikir semula, apakah sebenarnya erti kemerdekaan kepada kita.


"...ideologianakbangsa..."

Leia Mais…

Wednesday, August 26, 2009

Sekian lama berpisah, akhirnya.....

Assalamualikum,

Sudah sekian lama saya tidak dapat untuk menukil mahupun mencoretkan idea saya di laman kesayangan saya ini. Rasa kesal di hati tiada siapa yang tahu. Kesibukkan yang melanda diri saya sejak kebelakangan ini membuatkan saya agak tertekan. Namun, hari ini saya bangun semula untuk terus berjuang demi agama, bangsa dan negara.

Dalam tempoh masa kesepian saya, banyak perkara telah berlaku. Kes sebat seorang model yang meminum arak, pilihan raya Permatang Pasir, Teo Beng Hock dan bermacam-macam lagi. Terlalu banyak perkara yang hendak saya bincangkan disini namun, masih terdapat tangungjawab yang lebih penting untuk saya uruskan iaitu, belajar.

Test, Kuiz, Assignment dan beberapa perkara lagi yang perlu diuruskan. Akibat
tsunami yang telah melanda hidup saya baru-baru ini, saya perlukan masa untuk menyeimbangkan dan menstabilkan semula situasi dalam negara saya ini. Apabila semuanya sudah stabil semuala, secara bertatih saya akan mula memberikan ideologi-ideologi saya semula, coretan dan nukilan yang terbuku di hati sekian lama.

Saya ingin memohon maaf kepada saudari Fyza kerana tidak berkesempatan untuk memberi pandangan berkaitan isu Perhimpunan berkaitan ISA. Sehubungan dengan itu juga, saya ingin mengucapkan tahniah kepada sahabt saya Z yang semakin hari semakin dekat dengan matlamatnya berkaitan PGYPO.

Akhir sekali, saya rasa masih tidak terlalu lewat untuk saya ucapkan SELAMAT MENYAMBUT RAMADHAN AL-MUBARAK, moga-moga di bulan yang mulia ini, kita dapat mencari ketenagan, keberkatan, rahmat dan limpah dari yang maha ESA.

"Peluang perlu dicari, perlu direbut, perlu diusahakan. Ia tidak akan datang dengan begitu mudah sekali. Kita yang mencari, merebut dan mengusahakan peluang untuk diri kita sendiri. Apa yang kita lakukan pada masa kini adalah pelaburan untuk apa yang akan terjadi pada masa hadapan. Kita yang menukil, mencoret mahupun mengambarkan masa hadapan kita sendiri. Apa yang berlaku kepada kita pada masa kini adalah apa yang kita lakukan pada masa lampau. Dan apa yang akan berlaku kepada kita pada masa hadapan, adalah apa yang kita lakukan pada masa kini. Walau apa pun yang terjadi kepada kita, semuanya kita yang perlu dipersalahkan. Kerana kita yang membuatkan diri kita menjadi BEGINI"



"...ideologianakbangsa..."

Leia Mais…