Sunday, July 5, 2009

BENAR

Politik di negara kita semakin menjadi-jadi. Akibat terlalu banyak "politiking" banyak perkara tertangguh, banyak perkara-perkara penting tidak di selesaikan ataupun di ketengahkan. Walhal, perkara-perkara remeh temeh pula yang dibangkitkan oleh mereka yang tidak bertanggungjawab.

Budaya "politiking" ini merupakan satu penyakit dalam masyaralat kita kini. Sekiranya perkara ini berterusan ia akan membawa padah kepada RAKYAT. Budaya ini wujud dalam kedua-dua pihak sama ada kerajaan mahupun pembangkang. Namun, sejauhmanakah kebenaranya? Perkara ini perlu kita renungkan dan fikirkan bersama.

Untuk berfikir sejauhmanakah kebenrannya, kita perlu ada kayu ukur yang dapat kita lihat dengan jelas kebenaran sesuatu perkara itu. Maka, saya mencadangkan supaya RAKYAT tidak mudah untuk terpengaruh dengan satu sumber media sahaja tetapi perlulah melihat secara menyeluruh tentang sesuatu perkara itu. Kita dapat tahu bahawa media arus perdana dikawal oleh pihak kerajaan (katanya lah), maka di samping media arus perdana kita juga perlulah rujuk kepada media-media alternatif dan media-media pembangkang untuk membandingkan dan berfikir kebenaraan sesuatu perkara itu.

Bergatung kepada media juga tidak cukup. Kita perlu mempunyai panduan bagaimana untuk menilai sesuatu isu itu. Maka, untuk lebih mahir kita perlulah membaca buku-buku yang berkaitan. Di samping itu kita juga boleh mendapatkan pandangan dari pakar-pakar yang ada di dalam negara ini. Namun, kita perlulah memilih orang yang "neutral", yang tidak menyebelahi mana-mana pihak. Dan, untuk memantapkan lagi pandangan kita, fikirkan sesuatu itu secara logik kerana kebanyakkan perkara di dunia ini perlu berlaku dengan adanya logik. Jika tidak ia adalah mustahil untuk berlaku.

Maka dengan ini, ingin saya menyatakan bahwa kita selaku RAKYAT tidaklah boleh dengan mudah untuk mempercayai agenda "politiking" yang kini semakin menjadi-jadi di negara kita. Maka dengan itu kita perlulah berfikir dan mendapatkan lebih pengetahuan agar kita membuat pilihan yang bijak. Ingat, bahawasanya kebenaran sesuatu itu pasti akan terserlah.

"Berani kerana BENAR"

"...ideologi bangsa malaysia..."

0 ideologi bernas:

Post a Comment