Sunday, July 5, 2009

Semester Julai - Disember 2009

Institusi Pengajian Tinggi.

Rata-rata IPT di Malaysia akan memulakan semester Julai-Disember 2009 bermula esok. Maka, saya ingin mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan TAHNIAH kepada pelajar-pelajar lepasan Matrikulasi, STPM, SPM, dan pelajar-pelajar asasi yang berjaya melanjutkan pelajaran ke IPT di Malaysia ini. Gunakanlah peluang ini untuk memajukan diri, agama, bangsa, dan negara.

Kita perlu sedar bahawa di era globalisasi ini pendidikan merupakan salah satu perkara yang penting dalam hidup ini. Tanpa pendidikan kita akan menghadapi kesukaran untuk terus hidup di dunia ini. Maka, ambillah peluang ini untuk menimba ilmu, pengalaman dan lain-lain perkara yang dapat membantu anda dalam menjalani kehidupan sementara di dunia ini.

Anda perlu bangga dengan diri anda kerana berjaya mendapatkan tempat di IPT kerana masih ada rakan-rakan anda yang kurang bernasib baik dan tidak dapat melanjutkan pelajaran. Janganlah kita leka dengan hiburan yang ada dan mengabaikan pelajaran.

Saya juga akan menyambung pengajian saya dalam bidang undang-undang di sebuah universiti tempata. Maka, berkemungkinan saya akan kurang aktif namun, saya berjanji sekurang-kurangnya satu post akan saya tulis dalam seminggu.

"...ideologi anak bangsa..."

2 ideologi bernas:

Unknown said...

salam
saya menerima segala komen dan pandangan =)
pada saya eloklah kalau nak buat dialog.Tapi itu bukan bererti PAS nak buat kerajaan perpaduan.Kalau sekadar nak buat bincang isu2 rakyat itu sangat saya alukan.
Selamat untuk saudara juga

ikan emas said...

Salam,tk
Selamat meneruskan perjuangan.Perjuangan hari ini menentukan masa depan. Moga berjaya.

...semester baru bermula bermakna banyak ongkos ibubapa yang akan mengalir.Anak-anak kena faham tuu

Post a Comment