Friday, July 31, 2009

"MyConstitution" Campaign


"MyConstitution" atau jika di alih bahasakan secara terus bermaksud PerlembagaanKU. Hari ini akhbar the Star melaporkan usaha yang akan dilaksanakan oleh Majlis Peguam Malaysia (Bar Council [BC]). Alhamdullilah, saya menyambut baik usaha ini kerana ia dapat memberi manfaaat kepada ramai pihak bukan sahaja pihak kerajaan, pengamal undang-undang, pelajar undang-undang, malah semua masyarakat bakal peroleh manfaat mereka tersendiri.

Usaha murni BC ini perlulah disokong oleh semua pihak kerana sedikit sebanyak ia dapat membantu kita selaku rakyat yang bernaung dibawah Perlembagaan Persekutuan memahami undang-undang itu sendiri dan mengerti hak kita yang terdapat dalam Perlembagaan Persekutuan. Dengan adanya kempen ini, ia dapat membenteras penyalah gunaan kuasa yang mana, akhir-akhir ini sering kali di utarakan di dalam media-media utama, media alternatif mahupun pihak kerajaan dan pihak pembangkang. Tambahan pula, pendekatan ini akan mematangkan lagi rakyat dalam memilih pemimpin yang betul, kerana sekiranya rakyat memahami undang-undang yang didokong maka, mereka tidak akan senang-senang ditipu oleh orang lain yang lebih gilakan kuasa dan pangkat.

Saya berharap, pihak BC akan mendapat kemudahan yang secukupnya dan sambutan yang mengalakkan oleh semua lapisan masyarakat.


"...ideologianakbangsa..."

0 ideologi bernas:

Post a Comment